Wednesday 25 January 2012

Couture Fashion Week 2012

Ini adalah antara fesyen-fesyen yang terkini mendapat perhatian dari seluruh dunia. Fesyen ini dicipta oleh Pereka Fesyen Royal Acott yang berlansung di Paris baru-baru ini. Jom kita tengok fesyen apa lagi yang terbaru wujud di pentas fesyen..


Ibu Berusia 53 Tahun

Debbie Hughes berusia 53 tahun tidak pernah terfikir untuk menimang baby pada usianya kecuali cucu sahaja. Malahan, Debbie juga mengambil pil pencegahan kehamilan seperti biasa, tetapi selamat bersalinkan baby boy yang sihat dan diberi nama Kyle. Semuanya bermula selepas ahli keluarganya melihat badannya semakin gemuk seperti wanita hamil, lalu Debbie terus membuat ujian kehamilan.

Debbie mempunyai 3 orang anak iaitu Mark(26 tahun), Brandon(11 tahun) dan Hayley(meninggal dunia dalam satu kemalangan, seminggu sebelum berusia 18 tahun) dan menyatakan tidak akan mengandung lagi, mengambil pil pencegahan kehamilan, tetapi masih tidak percaya akan mengandung lagi pada usianya.

Debbie dan anaknya Kyle.

Debbie (53 tahun), Paul Clark(45 tahun) dengan baby baru diorang Kyle

Wanita Berani

Seorang wanita yang menentang berkenaan dengan penegahan pemandu bagi kaum wanita di Arab Saudi meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan yang tragis. Di laporkan hanya seorang mangsa sahaja yang tercedera dalam kemalangan tersebut dan seorang lagi meninggal dunia di tempat kejadian.

 Ini lah wanita tersebut, Manal Al-Sherif (32 tahun) yang tampil berani menyangkal undang-undang di Arab Saudi.

Manal Al-Sherif ditangkap dan ditahan selama 10 hari pada May 2011 selepas meng up-load video nya sedang memandu kereta di sekitar bandar Khobar. Manal juga mempunyai kumpulannya sendiri dan juga Facebook iaitu : "Teach me how to drive so I can protect myself" (Ajar saya macamana nak memandu supaya saya boleh melindungi diri-sendiri). Selepas Manal di tahan, semakin ramai wanita di Arab Saudi meng up-load video mereka semasa memandu kereta.

Sunday 22 January 2012

Heidi Klum Failkan Cerai


"The End" : Itu lah kata-kata terakihir yang di tweetkan oleh Seal di laman sosial Tweeter semalam.
Kawan-kawan kaib mereka percaya yang hubungan mereka merupakan hubungan yang akan berkekalan. Ini kerana mereka sentiasa ceria dan akan melangsungkan perkahwinan setiap tahun. Akhirnya, Heidi telah memfailkan cerai kepada Seal dan sedang menyediakan surat mahkamah. 

Friday 20 January 2012

Penjara Termewah


The Justizzentrum Leoben yang tereletak di Leoben, Austria merupakan satu bangunan merangkumi mahkamah dan juga penjara. Tapi kalo korang tengok suasana kat penjara ni, korang pun rasa macam nak tinggal kat sini. Mewah giler....

Kasut Pelik (2)


Aku nak wat sambungan cete pasal design kasut-kasut yang pelik yang terdapat di seluruh negara. Malahan selain Lady Gaga, ada juga selebriti lain yang suka dengan design kasut yang pelik. Jom kita tengok...

Pengantin Muda


Segelintir selebriti ingin kahwin, sesetengahnya menunggu sehingga 10 tahun, semestinya diorang sedang mencari pasangan yang sesuai. Tetapi selebriti ni telah menjadi pengantin perempuan yang muda sebelum umur 25 tahun. Jom kita tengok sape la kahwin awal beno nih...

Menakjubkan (3)

Ini adalah antara latihan yang dilakukan di pusat latihan bodyguard China iaitu botol dipecahkan ke muka pelatih. Menakjubkan, kerana mereka perlu berdiri dengan tegak bagi melayakkan diri untuk lulus sebagai "China First Female Bodyguard". Latihan ini dilakukan di Beijing, melibatkan 20 orang wanita, kebanyakkan adalah universiti graduates.

Salah satu ujian untuk lulus.

Pakar Sakit Puan Palsu

Perempuan (dulunya lelaki) ini adalah seorang pakar sakit puan telah merawat berdozen-dozen wanita berdepan dengan penjara 5 tahun jika disabitkan bersalah. Alexandra Avobodova (dilahirkan lelaki dan namanya Martin Sloboda) telah menukar jantina melalui pembedahan selepas berhijrah ke Jerman pada tahun 2001 kerana pembedahan tersebut tiada di Czech Republic.


Ini la orangnya..

 Ini pula, papan tanda di klinik nya..

G-String Wedding Dress

Macam-macam la fesyen sekaranng ni. Korang sanggup tak pakai gaun pengantin macam ni???Hahahaha...LOL...



Klon Katie Price

Katie Price pernah mengatakan masa permulaan kariernya dulu yang dia takkan cari pengganti atau "klon" dirinya. Biasalah, kita pun tahu dalam dunia ni ada 7 orang yang mirip kita (korang percaya ke?). Amy Willerton iaitu "proegee" nye bagi dunia modelling memang mempunyai iras wajah yang sama. 


Nampak macam sama kan??

Thursday 19 January 2012

Perbezaan Usia


Ramai yang percaya, kalo kita couple dengan orang yang mempunyai jurang perbezaan umur yang ketara akan kekal lama. Hmmm...mungkin la kot. Cuba korang tengok selebriti yang kekal sehingga sekarang..

Wednesday 18 January 2012

Wedding Cake Yang Pelik

Macam-macam la trend sekarang ni..kek kahwin pun diorang nak wat yang pelik. Kononnya, kalo sesuatu yang pelik boleh dikenang sampai bila2..


Pulau Hashima


Pulau ini lebih dikenali dengan nama "Gunkanjima" atau "Gunkanshima" yang bermaksud "Pulau Kapal Perang".  Pulau ini dibangunkan pada tahun 1890 bertujuan untuk mencari gali arang batu berdekatan dengan pulau tersebut. Tetapi selepas arang batu digantikan dengan petroleom, kepulauan itu menjadi mati kerana populasi mula berpindah ke darat bagi mencari pekerjaan baru..Dan sekarang pulau itu menjadi sepi tanpa penghuninya dan diberi gelaran baru "Pulau Hantu"..

Friday 13 January 2012

Keadaan Haiti Selepas 2 Tahun

2 tahun selepas gempa bumi yang dasyat, Haiti bertungkus-lumus untuk membina semula bangunan yang rosak dan juga membantu rakyatnya yang kehilangan tempat tinggal. Pada 12 january 2010, Haiti di landa dengan skala magnitud gempa bumi 7.0 dan mengakibatkan lebih dari 1.5juta rakyatnya kehilangan tempat tinggal dan dilaporkan seramai 300 ribu orang tewas dalam kejadian tersebut. Semenjak itu, pembinaan semula dijalankan walaupun dengan perlahan. Ini adalah perbezaan masa kejadian berlaku dan pada waktu sekarang..

Keadaan istana sebelum gempa bumi.

Klon Anjing Kesayangan

Danielle Tarantola amat menyayangi anjingnya "Trouble" sehingga sanggup menghabiskan wang sebanyak USD50K untuk mengklon anjingnya yang telah mati. Danielle telah menghubungi syarikat pengklonan di Korea Selatan dengan menggunakan DNA "Trouble".


Ini anjing klon dan diberi nama "Double Trouble"

Aksi Lalat

Diorang ni macam dah xde keje lain lah...bangkai lalat pun diorang wat macam permainan..

Salah seekor lalat tu bagi warning kat member nyer yang lain.."Sorry..aku dah nak terbersin nih..."

Tuesday 3 January 2012

Peserta Dancing On Ice 2012

Ini adalah peserta-peserta yang menyertai Dancing On Ice 2012..


Budak 7 Tahun di Jadikan Pengorbanan

Seorang budak perempuan berumur 7 tahun telah dibunuh dan hatinya di keluarkan untuk di jadikan korban kepada tuhannya bagi memastikan diorang mendapat hasil tanaman yang lebih baik. Dua orang lelaki (kedua-duanya petani miskin), telah ditahan kerana membunuh budak perempuan tersebut. Mengikut keterangan pihak berkuasa, Rajendra Narayan Das :

"Lalita Tati telah hilang pada bulan Oktober dan anggota badannya yang lain dijumpai seminggu selepas kehilangannya dilaporkan."

Kejadian ini berlaku di Bijapur dan keseluruhan kampung ini masih lagi percaya dengan kepercayaan karut dan juga dukun.

Dipercayai, Tati dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton tv di rumah jirannya dan telah di culik oleh suspek. Walaubagaimanapun, akhirnya mereka mengaku telah membunuh Tati dan mengeluarkan hatinya untuk dijadikan korban.

Monday 2 January 2012

Woww...USD274,000

Hanya 11 minit sahaja pertunjukan bunga api ini telah menelan belanja sebanyak USD274,000. Lebih dari 250,000 orang menonton dan terpesona dengan pertunjukan ini.. Semata-mata bagi menyambut tahun baru 2012. Jom kita tengok..

Lady Gaga

Kalo aku cete pasal Lady Gaga, mesti korang dah nampak dah macamana fesyen baju, rambut dan aksesori-aksesori lain yang selalunya memang pelik tapi menarik..Ini adalah antara perhiasan rambut Lady Gaga sepanjang 2011..