Tuesday 3 January 2012

Budak 7 Tahun di Jadikan Pengorbanan

Seorang budak perempuan berumur 7 tahun telah dibunuh dan hatinya di keluarkan untuk di jadikan korban kepada tuhannya bagi memastikan diorang mendapat hasil tanaman yang lebih baik. Dua orang lelaki (kedua-duanya petani miskin), telah ditahan kerana membunuh budak perempuan tersebut. Mengikut keterangan pihak berkuasa, Rajendra Narayan Das :

"Lalita Tati telah hilang pada bulan Oktober dan anggota badannya yang lain dijumpai seminggu selepas kehilangannya dilaporkan."

Kejadian ini berlaku di Bijapur dan keseluruhan kampung ini masih lagi percaya dengan kepercayaan karut dan juga dukun.

Dipercayai, Tati dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton tv di rumah jirannya dan telah di culik oleh suspek. Walaubagaimanapun, akhirnya mereka mengaku telah membunuh Tati dan mengeluarkan hatinya untuk dijadikan korban.

No comments:

Post a Comment