Monday 31 October 2011

Hutan Bandar Johor Bahru


Minggu ni aktiviti aku & family pegi jalan-jalan kat Hutan Bandar Johor Bahru. Aku cete sikit la dengan korang pasal Hutan Bandar ni. Ia lebih di kenali sebagai Taman Rekreasi Hutan Bandar iaitu lokasi yang ideal untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahu pun dengan kengkawan. Jom sama-sama kita tinjau apa yang ada kat Hutan Bandar ni...

Terletak lebih kurang 2km dari pusat bandar raya dan menyediakan pelbagai kemudahan. Kedudukan strategik di tengah-tengah kesibukan kota, membuatkan ramai pengunjung yang ingin menikmati suasana yang nyaman. Hutan Bandar ini telah di bangunkan dan di kekalkan semenjak tahun 1987. Hutan Bandar Johor Bahru, telah dipilih sebagai salah satu destinasi dalam program Bandaraya Sejahtera yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation W.H.O).











 











No comments:

Post a Comment