Monday 31 October 2011

Selebriti halloween Kostum 2011

Ini yang korang tunggu-tunggu kan?? Hari tu kan aku dah janji dengan korang nak kongsi gambo diorang untuk Halloween 2011 kan? Ini lah resultnya, bagi pendapat korang, yang mana satu nampak seram? Macam-macam lagi kostum yang diorang gunakan untuk tahun ni. Sume gambo ni di ambil malam Sabtu 29/10...Macam-macam ada...

1. Kim Kardashan 

Hot Teen Celebrity Couples 2011

Biasa la, kita sebagai manusia perlu mencari teman hidup samada lelaki atau perempuan. Sama lah selebriti-selebriti ni, diorang pun ada perasaan gak. Aku nak kongsi dengan korang beberapa couples selebriti yang lama dan juga yang masih hangat bercinta.., maksud aku ada yang masih on kapel dan yang dh x kapel lagi..

1. Justin Bieber & Selena Gomez (2010-present)

Hutan Bandar Johor Bahru


Minggu ni aktiviti aku & family pegi jalan-jalan kat Hutan Bandar Johor Bahru. Aku cete sikit la dengan korang pasal Hutan Bandar ni. Ia lebih di kenali sebagai Taman Rekreasi Hutan Bandar iaitu lokasi yang ideal untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahu pun dengan kengkawan. Jom sama-sama kita tinjau apa yang ada kat Hutan Bandar ni...

Saturday 29 October 2011

The Hotel de Sal


Hotel ini terletak di Colchani, Bolivia. Apa yang menariknya pasal hotel ni? Boleh di katakan 90% hotel ini di perbuat daripada garam, termasuk lah perabot-perabot yang terdapat di sini. Hanya dindingnya je dari batu. Hanya USD84/malam untuk double room dan juga sarapan. 

Nelayan Dapat Duit

Nelayan pukat tunda di Jepun telah menemui satu beg besar yang berisi wang tunai berjumlah 11 juta Yen (USD 90,000) yang dipercayai di hanyut kan semasa Jepun mengalami tsunami tujuh bulan yang lalu. Nelayan-nelayan itu melaporkan dan menyerahkan wang tunai tersebut kepada pihak berkuasa. Mereka megambil keputusan untuk menunggu pemilik asal menuntut wang tersebut dan diberikan tempoh selama 6 bulan lagi. Sekiranya tiada tuntutan, wang tersebut secara automatik nya menjadi hak nelayan-nelayan tersebut.


Walaubagaimanapun, sampah sarah dari bencana tsunami tersebut telah terkumpul di Kepulauan Hawaii. Di anggarkan sebanyak 20 juta tan sampah sedang menuju ke Pantai Barat Amerika Syarikat. 

Cerita Seram???

Mesti korang xtahu, sebenarnya diorang ni pernah berlakon dlm cete seram sebelum menjadi glemer. Kebiasaannya kat barat, selebriti-selebriti akan kegelemeran diorang akan cepat meningkat sekirannya mereka bermula dari cerita seram..

1. Emma Roberts
Emma merupakan pelakon yang termuda dalam cete "Scream". Malah Emma pernah di tawarkan untuk berlakon dalam cete "Twilight"

Patung Artis

Selebriti-selebriti biasanya suka wat icon dalam bentuk lilin. Biasanya klon lilin diorang sebijik dengan empunya diri asal, tapi kadang-kadang x sama pun ada. Mungkin diorang wat mcm ni, supaya peminat boleh mengenali dan mengingati mereka sesudah mereka tiada nanti.


1. Justin Bieber

TV Show Seram

Sekarang kan dah bermula musim halloween, so rancangan tv pun banyak tayangkan cete-cete seram. Kat sini aku ada beberapa "tv show" yang seram. Tapi kat sini aku sertakan sekali yang show lama dengan baru. Yang sedang di tayangkan tu jangan lupa tengok tau, confirm malam-malam korang tido tak switch off lampu. hahahaha...

1. American Horror Story (2010-present)

Bekas "Cover Page" Playboy

Korang jangan terkejut kalo diorang ni pernah jadi model untuk "Cover Page" untuk majalah Playboy. Seksa habis...

1. Lindsay Lohan

Friday 28 October 2011

Selebriti Halloween Kostum 2010

Macam-macam jenis kostum untuk memeriahkan sambutan halloween kat Barat. Tidak lain dan tidak bukan, golongan selebriti yang memakai pelbagai kostum, tapi ini untuk 2010 la yerk. Nanti aku bagi yang 2011 plak.

1. Heidi  Klum and Seal - "Scary Alien Transformer"

Kasut & Beg Dari Coklat

Frances Cooley merupakan seorang pakar dalam membuat kek dan chocolatier dan meminati coklat semenjak berumur 5 tahun lagi. Ia nya bermula apabila ibunya membeli sekotak blok coklat dari Mexico. Frances menjumpai acuan kasut  dalam perjalanan ke Antwerp, dan mula untuk membuat beberapa kasut dari coklat. Tanpa beg, kasut coklat itu tidak lengkap. Lalu France telah mencipta lagi satu acuan untuk beg tangan dan dinamakan set tersebut "Choco Rico". Ini adalah beberapa koleksi France yang sangat popular di Liberty's, Harvey Nichols, Bentalls, dan The Archway Deli.



                     Chistmas Glitter Snow Flake                                                       Dark Chic

Thursday 27 October 2011

10 Benda-Benda Pelik Dari Coklat

1. Ubat gigi coklat
Ini adalah ubat gigi coklat edisi terhad dibuat oleh Uniliver Filipina pada tahun 2005 dan jenama lain pun ada menjualnya. Kajian ada membuktikan bahawa ubat gigi coklat adalah lebih baik daripada ubat gigi berflorida.

"Salon Du Chocolat Birthday Night"

"Salon Du Chocolat" meraikan ulang tahunnya yang ke-14. Macam-macam fesyen ada, tapi daripada coklat ler...



Sayur-Sayuran Pun Boleh Jadi Seni

Aku rasa la kan, diorang ni memang dah xde keje lain tau. Ataupun diorang dah bosan tengok sayur tu cenggitu jerk. Kalo wat hiasan tu, nampak la menyelerakan erk..


Ada Dadah kat KFC??Biar Betul..


Seorang ibu terkejut apabila anaknya (Lily), 17 bulan sedang bermain-main dengan satu pek yang mencurigakan di tempat penukaran lampin di restoren KFC Newbury, Berkshire. Stacy Rush, 24 mengambil pek tersebut dan mendapati ia nya adalah dadah yang berkemungkinan di tinggalkan oleh penagih dadah. Stacy telah melaporkan hal ini kepada pihak pengurusan, tetapi mereka hanya memberikan "Smoothie" bagi mencuci mulut bayi Stacy. Pengurus tersebut mengatakan, restoren tersebut telah lama menjadi tempat penagihan dadah dan pihak mereka tidak dapat mengambil tindakan apa-apa pun. Stacy hampa, kerana hanya meminta maaf tetapi tiada tindakan yang di ambil.



Tuesday 25 October 2011

Demi Moore & Ashton Kutcher : Ada Prob ker???

Demi Moore, 48 kelihatan kurus dari sebelumnya muncul bersama dengan suaminya, Ashton Kutcher,33 buat kali pertama sejak masalah perkahwinan mereka di ketahui umum. Aktres muncul bersendirian di tayangan perdana filem tanpa Ashton di sisi nya. Kesihatan Demi telah merosot sejak tuduhan yang mendakwa Ashton ada melakukan hubungan sulit dengan Sara Leal, 22. Ashton dikatakan telah meluangkan masa bersama Sara Seal pada malam ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6. Semenjak kantoi, Demi (New York) dan Ashton (LA) tinggal berasingan. Demi juga di laporkan tidak menjaga diet nya, menyebabkan badannya semakin kurus.

Perbandingan antara Demi sebelum kahwin dengan Ashton


Dua Remaja Diikat & Dibakar Hidup-Hidup


Kristy Theologo, 18, dan Bronwyn, 16, telah terlibat dengan pengorbanan "Satanic" pada hari Sabtu berdekatan dengan Linmeyer Johannesburg. Kristy dilaporkan dalam keadaan koma di rawat di Hospital Johannesburg dan mengalami 75%  kesan terbakar di badannya. Manakala Bronwyn dilaporkan stabil di bawah rawatan klinik. Surat khabar South Africa Star melaporkan mereka dipercayai terpilih untuk di jadikan korban pemujaan "Satanic" dengan dibakar hidup-hidup. Samantha (Kakak Kristy) menyatakan kepada akhbar tersebut, bahawa mereka tidak tahu apa yang berlaku, hanya mendapat khabar yang adiknya telah diikat. Ibunya dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mendapat berita tersebut. Dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun telah menyerah diri kepada pihak polis semalam berhubung kejadian itu dan akan di dakwa dengan percubaan membunuh. Walaubagaimana sekalipun, dipercayai 5 orang lelaki yang terlibat dalam "ritual" tersebut. PLorraine van Emmerick, pegawai polis menyatakan Bronwyn dapat melepaskan diri dan terus membuat laporan polis. Pihak polis juga sedang mengumpul maklumat dan akan menyoal siasat mangsa setelah pulih dan sedarkan diri.cakap kepada mangsa-mangsa sebaik sahaja mereka telah pulih. Pihak polis masih memburu tiga lagi suspek lelaki yang berhubung dengan kejadian itu.

Wow...Kim Kardashan


Sukar untuk mempercayai pada zaman kanak-kanak Kim Kardshan,31 adalah seorang yang naif  berbanding dengan rupa parasnya sekarang, tapi itu lah kenyataanya. Cuba korang teka yang mana satu Kim? Korang layan dulu gambor2 dia sekarang, pastu last sekali aku bagi tahu..

Monday 24 October 2011

Bola Sepak Bersama Family : David & Victoria Beckham Bersama Keluarga

Dengan jadual keje mereka yang sibuk, David dan Victoria perlu meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kelihatan dalam masa yang sama baby "Harper" pun turut serta menyaksikan "Big Brothers" (Brooklyn, Romeo and Cruz) berlatih bermain bola sepak.


Pelajar 16 Tahun Tergelincir & Meninggal Dunia

 Georgia Varley

Seorang remaja meninggal dunia di stesen Liverpool, Georgia Varley, 16, tergelincir dan terjatuh antara kereta api dan platform. Di fahamkan Georgia telah keluar pada malam Sabtu dan tragedi itu berlaku semasa dia ingin pulang ke rumahnya di Wirral. Pada masa yang sama, dia di temani oleh teman lelaki dan juga kawan-kawannya.

Kawan-kawan rapatnya telah berkumpul malam tadi di pantai West Kirby untuk memberi penghormatan terakhir kepada Georgia. Pihak polis juga telah menyoal teman lelakinya yang sedang bersedih dengan kehilangan Georgia.

Tempat kejadian di laporkan (James Street Station, Liverpool)

Cete-Cete Dongeng Barat

Dari kecil hingga la kita beso, cete-cete dongeng barat memang femes kat Malaysia, tapi kita xtahu benda tu wujud atau tidak. Aku memang suka dengan benda pelik-pelik ni. Di antara cete-cetenya....

1. "Leprechaun"
Makhluk ini merupakan cete dongeng daripada Ireland. Kebiasaannya "Leprechaun" ini akan wujud dalam bentuk orang tua, memakai baju kot yang berwarna merah atau hijau. Makhluk ini dikaitkan dengan kepercayaan orang-orang Ireland iaitu "Tuatha Dé Danann". Makhluk ini akan menghabiskan masa mereka dengan membuat kasut dan menyimpan wang mereka di hujung pelangi. Jika korang dapat tangkap makhluk ni, "Leprechaun" ni akan bagi 3 wish sebagai pertukaran untuk bebaskan dirinya.

Kostum Halloween

Perayaan Halloween tidak akan meriah tanpa kostum. Ini kerana kostum ini akan melambangkan identiti seseorang di majlis tersebut. Korang layan la gambo-gambo kostum, sebagai contoh kalo korang nak sambut "Halloween"


Saturday 22 October 2011

Makanan & Minuman Halloween

Nicolas Rogers telah mengkaji asal-usul perkataan "Halloween" dan mendapati berasal daripada pesta di Ireland bagi menghormati orang-orang yang telah mati yang dipanggil "Parentalia". Saje je nk intro kat korang..sebenarnya nk tunjukkan juadah pesta diorg. Lebih kurang sama je dengan kuih raya kita, yang bezanya rasanya orang Islam tak raikan perayaan ni, tapi xtahu la kan...


Friday 21 October 2011

Orang Asli Makan Lelaki Jerman ?



SEORANG pengembara yang berlabuh menaiki kapal layar dengan teman wanitanya di sebuah pulau Pasifik yang terpencil dikhuatiri telah dimakan oleh puak orang Asli di pulau itu semalam. Jasad yang dipercayai milik seorang warga Jerman Stefan Ramin, 40, dijumpai di dalam sebuah bekas unggunan api di pulau itu. Stefan dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dipanggang oleh puak tempatan – walaupun mereka mendakwa telah berhenti menjadi kanibal sejak beberapa dekad yang lalu. Ujian DNA akan dilakukan ke atas tulang, rahang, gigi dan beberapa logam cair – dipercayai adalah tampalan gigi. Semua itu dijumpai dalam debu sejuk api di sebuah pulau Polinesia Perancis Nuku Hiva , 930 batu Timur Laut Tahiti. Stefan dan teman wanitanya Heike Dorsch, 37 – yang sedang mengembara mengikuti satu ekspedisi pelayaran sejak 2008 – berhenti di pulau berkenaan pada 16 September. Stefan dipercayai telah mengikut seorang pemandu tempatan memburu kambing, satu tradisi di pulau itu.Pemandu itu, yang dinamakan oleh orang tempatan sebagai Henri Haiti, kemudian kembali seorang diri untuk memberitahu Heike: “Satu kemalangan telah berlaku. Dia memerlukan pertolongan.” Tetapi Henri kemudian didakwa telah merantaikan Heike pada sebatang pokok sebelum menyerangnya.
Beberapa jam kemudian Heike berjaya melepaskan diri dan melaporkan kecemasan. Satu pasukan yang terdiri daripada 22 pegawai polis telah melancarkan gerakan mencari di sekitar pulau berkenaan, di mana jumlah populasi hanya 2,789. Mereka kemudian menemui apa yang dipercayai adalah jasad lelaki Jerman itu. Henri Haiti kini masih hilang dan tentera telah dipanggil untuk membantu menjejakinya.

*Ini bukan kisah rekaan, banyak media utama United Kingdom hari ini melaporkan berita ini .