Wednesday 30 November 2011

Timeline Hubungan Cinta Demi Moore & Ashton Kutcher

Hubungan di Hollywood betul-betul sukar, terutamanya di kalangan selebriti. Begitu juga situasi antara Demi Moore dan Ashton Kutcher. Akhirnya mereka berpisah juga selepas 6 tahun menjadi suami isteri. Jom kita tengok timeline diorang dari awal sehingga akhirnya..

Pada tahun 2000, Demi Moore bercerai dengan Bruce Willis selepas 11 tahun menjadi suami isteri dan hasil perkahwinan ini mereka mempunyai 3 orang anak perempuan.

Saman Selebriti Yang Entah Apa-Apa

Kebiasaannya selebriti lah yang paling kerap berada di mahkamah berbanding dengan orang biasa. Kebanyakkannya akan merpertahankan diri diorang untuk menentang si tertuduh yang cuba mengaut keuntungan daripada popularitinya. Jom kita tengok selebiriti mana yang suka saman entah apa-apa.

1. Kim Kardashian VS. Old Navy
Kim saman Old Navy kerana menggunakan model, Melissa Molinaro miripnya tanpa kebenaran Kim. Kebetulan plak, Melissa ni pun tengah dating dengan ex-boyfriend Kim iaitu Reggie Bush. Daripada saman ni, Kim boleh lah berkenalan dengan Melissa.

Simon Helberg Beli Banglo Harga USD3milion

Simon Helberg,30 telah membeli banglo milik Charlie Sheen dengan harga USD3million. Selepas ini, kemungkinan tiada lagi parti liar kelihatan di banglo tersebut selepas hak milik bertukar ke Simon.



Simon Helberg
Charlie Sheen



Rumors Hugh Jackman Gay

Deborra-Lee Furness ketawa apabila ada rumors yang mengatakan suaminya Hugh Jackman adalah seorang gay. Deborra memberitahu sudah lama rumors itu hangat diperkatakan, tetapi pasangan ini tidak mengendahkan gosip tersebut.


Koleksi Botol Wangian Cina

 


Dengan ukuran tinggi 3 inci, botol wangian Cina ini mendapat perhatian dari pengumpul barangan antik kerana keunikkan botol itu. Mereka sanggup membeli barangan antik itu melebihi 5 kali ganda harga asalnya.

Sebenarnya botol antik yang berasal dari abad ke 18 ini telah dijual kepada pengumpul barangan antik dari Asia dengan harga USD2 milion dan sekaligus memecah rekod dunia. Dihiasi dengan hiasan landskap cina dan potret wanita dihasilkan semasa pemerintahan Maharaja Qianlong di Istana Peking, Beijing.






Tuesday 29 November 2011

Suasana Thanksgiving Kim Tanpa Kris

Kim Kardashian,31 menyambut Thanksgiving pada tahun ini di rumah ibunya tanpa Kris. Kim kelihatan tidak bersemangat untuk menyambut Thanksgiving bersama-sama dengan keluarganya. Ingat Kris ke??? Jom kita tengok suasana di rumah ibu Kim sempena menyambut Thanksgiving..

Kim duduk di sebelah bapa tirinya Bruce Jenner

Bunuh Anak Dalam Mesin Basuh

Christophe Champenois, 33 tahun di tuduh membunuh selepas di dakwa membunuh anaknya yang berusia 3tahun dengan mengurung mangsa di dalam mesin masuh dan menghidupkannya. Tertuduh di dakwa telah membogelkan Bastien sebelum memasukkan ke dalam mesin basuh itu. Tertuduh bertindak sedemikian kerana Bestien membuang alatan lukisan kawannya di sekolah ke dalam tandas. Christophe mengaku ianya adalah sebagai hukuman dan mengurungnya dalam mesin basuh selama beberapa minit.


Monday 28 November 2011

Gary Speed Bunuh Diri

Dengan kematian Gary Speed,42 semalam meninggalkan kesan yang mengelirukan dalam sukan bola sepak. Mayat beliau di jumpai tergantung di ruang tamu rumahnya. Sejam sebelum mayatnya dijumpai, Gary kelihatan sangat gembira semasa ditemuramah dalam rancangan BBC1 Football Focus. Gary juga dengan penuh semangat menceritakan peningkatan dari segi permainan pasukannya dan amat berharap akan layak untuk memasuki World Cup pada tahun hadapan. 

Menakjubkan

Menakjubkab kerana kaki palsu antara pemilik dan haiwan peliharaan diperbuat daripada doktor yang sama. Semasa kambing(Albie) ini memerlukan kaki palsu, pemiliknya (Jenny Brown) terus meminta pertolongan dengan doktor yang pernah membuat kaki palsu untuknya. Pada usia 10 tahun, Jenny telah kehilangan kaki kanannya disebabkan kanser. Setelah Albie memiliki kaki palsu, dia telah bermain-main dengan gembiranya di Pusat Penjagaan Haiwan Woodstock yang dimiliki oleh Jenny dan suaminya Doug Abel.

Zombies di Mexico City

Hampir 100 ribu zombie dilaporkan telah menyerang bandar Mexico malam tadi. Hahaha...xde lah, saje je wat gimik. Sebenarnya seramai 9860 orang telah berdaftar dan bergaya seperti Zombie untuk memecah rekod lama Guinness World Record. Pemegang rekod lama mempunyai penyertaan seramai 4,093 pada 30 Oktober 2010 bertempat di Asbury Park, New Jersey.

Pablo Guisa, penganjur penyertaan ini adalah untuk meraikan kepelbagaian hak asasi manusia. Peserta-peserta ini juga membuat pungutan derma untuk di berikan kepada tabung amal dunia. Jom kita tengok macamana rupa zombie di bandar Mexico..



Friday 25 November 2011

Thanksgiving Parade

3 million penonton menyaksikan belon-belon gergasi di perarakan sepanjang jalan Manhattan sempena perayaan "Thanksgiving". Betul-betul meriah kalo diorang ni meraikan sesuatu perayaan. Jom kita tengok apa yang diorang buat..



Kediaman Michael Jackson


Ini adalah merupakan tempat kediaman Michael Jackson yang terletak di Holmby Hills, Los Angeles. Walaupun beliau telah meninggal dunia pada June 2009, tetapi perabot dan keadaan kediaman ini tertap terpelihara. Apalagi..jom kota tengok apa yang adal di dalam kediaman beliau.

Koleksi Fesyen Katy Perry

Tak nak cete banyak-banyak, jom kita tengok koleksi fesyen Katy Pery yang boleh tahan macam Lady Gaga...hehehehe...

Ms Recorder

Thursday 24 November 2011

Baby Harper Seven

Kesian Baby Harper Seven ni, kecik-kecik dah kena stylo. Kalo dah David dengan Victoria punyer anak, mestilah Harper kena selalu stylo. Victoria akan pastikan baby-girl nya ini akan stylo seperti mamanya. Maklum lah, 1st time dapat baby-girl, mesti lah baju dan aksesorinya pun banyak. Ini adalah antara gambo-gambo baby Harper yang stylo.

Sebelah kiri : gaun USD57
Sebelah kanan : stokin USD27 dan gaun USD80

Rosie Huntington-Whiteley

Rosie,24 adalah seorang model terkenal yang boleh dianggap mengagumkan sehingga boleh menggantikan tempat Megan Fox dalam cete Transformer, tapi yang nyatanya zaman remajanya bukan seperti sekarang. Katanya, kecantikkannya muncul selepas zaman remajanya berlalu.



Setia Sehingga Ke Akhirnya

Seekor anjing yang sangat setia dengan tuannya enggan meninggalkan kubur tuannya dan tidak makan selama 7 hari. Kelihatan anjing ini tidak sanggup berpisah dengan tuannya. Lao Pan berusia 68 tahun dan meninggal dunia dipercayai tinggal bersendirian di sebuah perkampungan Panjiatun dengan ditemani anjing tersebut.



Sanggup Tebalkan Bibir

Kristina Rei, 22 nekad untuk kelihatan seperti Jessica Rabbit telah memenangi anugerah sebagai bibir paling tebal di dunia selepas mengambil sebanyak 100 suntikan silikon. Kristina yakin dengan bibirnya yang nipis kelihatan buruk dan memilih untuk menebalkan bibir seperti karakter karton (Jessica Rabbit) yang menelan kos perbelanjaan sebanyak USD4K. Katanya lagi, kos setiap suntikan adalah US40 dan proses suntikan itu menyakitkan tetapi tiada apa-apa pun yang boleh menghalangnya.



Ketagih Minuman Ringan

Darren Jones,38 tidak boleh melalui kehidupannya tanpa meminum 18 tin minuman ringan dan amat ketagih dengan minuman tersebut. Itu bermakna bersamaan dengan 42liter seminggu dan perbelanjaan sebanyak USD3K setahun. Sudah hampir 10 tahun dia meneruskan hidup dengan minuman ringan, ianya semakin teruk dan malahan tidak boleh keluar rumah tanpa membawa sebotol Coca Cola.



Wednesday 23 November 2011

Seni Dari Rokok


Replika permaidani ini diperbuat daripada 500K batang rokok dan mencecah berat 200kg adalah hasil seni kreatif daripada Xu Bing. Replika ini dipamerkan di Museum of Fine Arts, Virginia untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan rokok dalam kehidupan seharian.




Mr Thirties

Barangan dan suasana di rumah Michael McTigue,45 seumpama berada di tahun 1930-an. Encik McTigue akan sentiasa memakai pakaian era 30-an dan malahan barangan rumahnya juga kekal dari tahun tersebut. Beliau tidak mempunyai mesin basuh dan vacumnya juga diperbuat pada tahun 1938.



Isteriku Extra Gemok

Selepas berpisah dengan suaminya 3 tahun lepas, berat Pauline Potter hanya 292 kg berbanding dengan sekarang telah meningkat kepada 318 kg dan juga merupakan wanita yang terberat di dunia. Selepas Alex melihat Pauline di Guinness World Record dengan saiz yang lebih besar, Alex terus kembali dan tinggal bersama-sama dengan Pauline. 

"Pauline nampak lebih menarik dan saya rasa ghairah apabila beliau tampil di kaca tv dalam rancangan Guiness World Record. Tanpa berfikir panjang, saya terus kembali ke pangkuan Pauline", kata Alex sambil ketawa.


Nicole Vs Lewis

Nicole Scherzinger cuba untuk mempertahankan hubungannya dengan Lewis Hamilton. Tapi gambar yang diambil ini membuktikan bahawa Lewis memang dah reject Nicole. Tangan Lewis tetap di kocek seluarnya, walaupun Nicole dengan erat memeluknya. Ini semua dirakam semasa di tempat parking kereta di Los Angeles.

Monday 21 November 2011

2011 American Music Awards


Ini adalah antara pemenang-pemenang pada 20 Nov di Los Angeles, California.

Jual Rumah Untuk Badan Langsing

Semua wanita inginkan badan yang cantik dan langsing terutamanya mereka yang tidak pernah mempunyai badan yang cantik semenjak dari kecil. Jayne Fenney,50 sanggup menjualkan rumahnya semata-mata untuk menjalani pembedahan kecantikan yang berharga USD30K.

Model Kucing

Korang fikir manusia jer boleh jadi model, kucing pun dijadikan model. Carolyn Cooling dari Texas seorang yang sukakan kucing dan memakaikan kucingnya dengan pelbagai jenis kostum. Jom kita tengok..


Gambar Bangunan Diruntuhkan

Gambar ini dirakam saat-saat akhir bangunan Glencairn Tower yang mempunyai 17 tingkat di runtuhkan dengan menggunakan 55kg bahan letupan. Bangunan ini berusia 50 tahun dan menyimpan seribu rahsia dan kenangan kepada penghuni-penghuni yang pernah menetap di bangunan ini.

"Saya betul-betul sedih melihat bangunan ini diruntuhkan kerana banyak kenangan saya dan keluarga semasa menetap di sana", kata Colin Campbell salah seorang bekas penghuni Glencairn Tower.



Friday 18 November 2011

Porsche Dicuri Telah Dijumpai

Selepas kehilangan kereta Porsche pada tahun 1986 di Las Vegas, Peter O'Toole telah berputus asa untuk mencari kereta itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Walaubagaimanapun, kereta Porsche itu telah ditemui di dalam kontena menuju ke Australia. Peter tidak menduga akan menjumpai semula kereta Porsche itu, malahan dirinya sudah mempunyai company construction sendiri dan telah menetap di Oreogon.


Design Pintu Garaj



Tak lama lagi kan dah nak krismas, so Thomas Sassenbach iaitu seorang designer Style Your Garage yang terletak di Jerman telah mencipta sesuatu yang kreatif. Thomas telah mencipta image 3D untuk dilekatkan di garaj rumah. Ia dicipta semata-semata untuk menyambut Krismas sahaja, limited edition la ni. Jom kita tengok yang mana satu sesuai untuk garaj kete kita plak. Hahaha...

Mabuk Punye Pasal

Seorang pelancong berjaya mengambil gambo masa seorang visitor zoo mabuk melompat ke dalam kandang monyet dengan alasan giler untuk bermain-main dengan monyet tersebut. Semuanya berakhir selepas, Joao Leite Dos Santos digigit oleh monyet tersebut dan dihantar ke hospital berhampiran. Joao mengaku yang dia meminum alkohol sebelum melawat zoo dan dalam keadaan mabuk. Dia berfikir sekiranya dia membuat aksi tersebut, pelawat-pelawat lain akan turut terhibur tanpa menhiraukan keselamatan dirinya.


Demi Moore Failkan Cerai

Demi Moore,49 telah pun mengumumkan untuk menamatkan dunia perkahwinan dengan Ashton Kutcher setelah 6 tahun bersama.



"Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, ada sesetengah rahsia yang perlu di rahsiakan dan perlu meneruskan hidup seperti biasa", kata Demi Moore yang masih sedih.

Demi juga memohon supaya jangan ganggu hidupnya sementara waktu kerana ingin menyendiri dan menghormati keputusannya. Setelah Demi membuat keputusan tersebut, Ashton,33 terus membuat statementnya di Twitter :
"Saya akan selalu mengingati setiap detik semasa bersama-sama dengan Demi. Perkahwinan merupakan sesuatu yang sukar untuk ditempuh dan malangnya kadang-kadang perkahwinan itu gagal."









Thursday 17 November 2011

Jambatan Ajaib

Bijak betul la diorang ni cipta untuk kemudahan awam. Jambatan ini terletak di Netherlands. Sebenarnya jambatan ini di bina pada kurun ke-17 oleh orang-orang Belanda pada zaman perang. Sebenarnya pada zaman tersebut, tak de pun sungai tu, jambatan ini dulu pun sebenarnya dijadikan kubu.


Say Cheesse!!!!

 
Korang fikir korang je boleh bergaya depan kamera? Diorang ni pun nak gak. Tapi memang cute giler. Mark Taylor telah mengambil gambo diorang ni masa tengah bermain-main, maksudnya secara spontan.

Tapi tidak dinafikan memang susah nak ambil gambor diorang ni, kata Mark. Sebab diorang ni tak suka duduk dalam studio.

Pameran Mini

Karon Cunningham telah membina rumah untuk koleksi anak patungnya dengan mempunyai 12 bilik. Boleh tahan la keluasan bilik ini, sehinggalah korang perasan yang barangan dalam bilik tersebut bersaiz kecik jer..

Perabot, patungan, lantai, wallpaper dan makanan di pamerkan dalam saiz yang kecil iaitu dengan skala 1:12.

National Geographic’s 2011 Photography Contest

Kurt Mutchler, executif editor mengadakan pertandingan gambar-gambar yang tercantik yang pernah di ambil untuk di jadikan bahan info National Geography. Pemenang untuk pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD10K dan ini adalah antara peserta-peserta tersebut. Kalo aku yang jadi pengadil, sumenya lawo..hehehe..

 Russel Watkins - Pakistan, 7 Disember 2010.

Mabuk..Sanggup Bunuh Anak Sendiri


Seorang ibu dikenakan hukuman atas tuduhan membunuh anaknya yang berusia 13 bulan yang dibungkus dalam selimut baby. Shelby Dasher,20 dikenakan hukuman atas tuduhan membunuh selepas dirinya mengaku telah membunuh anaknya, Tyler hanya di sebabkan tidak berhenti menangis. Dasher juga mengaku telah membuang mayat babynya berdekatan dengan kawasan perkuburan tidak jauh dari rumahnya beberapa jam selepas Dasher buat laporan polis mengatakan Tyler hilang.

Wednesday 16 November 2011

Fesyen Baru 2012

Macam-macam la idea pereka fesyen nih...Aku nak kongsi sikit dengan korang, koleksi fesyen baru 2012 dari pereka-pereka fesyen terkenal. Korang sanggup tak pakai baju macam ni???

 Viktor & Rolf

Twilight Saga : Breaking Dawn-Part1

Korang peminat cete Twilight tak? Tahu tak Twilight ada yang baru? 14 November 2011, merupakan hari untuk tayangan perdananya di LA. Kemungkinan akan di tayangkan di Malaysia pada 18 November 2011. Jom kita tengok sape yang pegi masa tayangan tu..mesti ramai yang pegi.

 Ashley Greene

Kristen Stewart