Azza Elite atau nama sebenar, Nor Azzarima binti Zawari
memohon maaf di atas kesilapannya tidak memakai tudung ketika majlis
akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Bukit Antarabangsa.
Ujar Azza yang membuat pengakuan di laman Twitternya, pada hari pertama
lagi dia sudah memohon maaf di atas kesilapan tidak menghormati tempat
suci seperti itu. Dia juga telah menyuruh salah satu laman blog tempatan
untuk menarik balik kenyataan peribadi yang telah ditulis mengenai
dirinya.
"Saya sudah memohon maaf dari hari pertama lagi dan ianya datang dari
hati saya yang benar-benar menyesal di atas kejadian yang berlaku pada
tempoh hari. Bagi mereka yang membuat kenyataan mengenai saya, sila
tarik balik kenyataan mereka."
Ujar Azza lagi, dia agak marah dengan segelintir masyarakat yang masih
terus menceritakan perkara tersebut dan mahu memperbesarkan lagi perkara
yang diakui kesilapannya dan dirasakan sudah selesai.
"Saya mengaku silap saya. Kenapa semua orang masih mahu membesarkan cerita ini."
Azza yang sah menjadi isteri kepada pramugara Air Asia Sdn Bhd Azlan
Zulaily pada 1 April yang lalu turut akui merasa kecewa dengan pihak
tersebut.
No comments:
Post a Comment