Thursday, 22 March 2012

Gadis 14 Tahun Dilarang Membeli Alat Tulis "Glee"

Seorang remaja tidak dibenarkan membeli alatan tulis "Glee" kerana risau dia menggunakan pengorek pensil sebagai senjata tajam.
Emily Davies, 14 tahun ingin membeli satu set alatan tulis "Glee" yang mengandungi pensil, pen, pembaris, pemadam dan juga pengorek dari Pasaraya 99p. Tetapi Emily terkejut, kerana cashier tidak membenarkan dia membeli alatan tulis tersebut kerana Emily masih di bawah umur iaitu di bawah 18 tahun.





Seorang pekerja di pasaraya tersebut menjelaskan bahawa pengorek itu mungkin akan digunakan sebagai senjata yang merbahaya. Emily terpaksa meminta tolong abangnya berumur 18 tahun, Mikey dan menunjukkan lesen memandu kepada pasaraya tersebut bagi membeli set alat tulis tersebut.


No comments:

Post a Comment