Wednesday 15 February 2012

Gaun 9999 Bunga Ros

Xia Fan, seorang lelaki dari China menempah 9999 bunga ros untuk dihadiahkan kepada teman wanitanya, Yin Mi sempena Valentine Day, tetapi dalam bentuk yang berbeza. Oleh kerana teman wanitanya seorang meminati fesyen, Xia Fan telah mencipta satu gaun khas untuk teman wanitanya dengan menggunakan 9999 bunga ros.




Malahan pada hari yang sama, Xia Fan telah melamar Yin Mi sebagai isterinya dan Yin Mi menerima lamaran itu dengan senyuman yang menguntum seperti bunga ros itu.




Tetapi ada sebabnya kenapa Xia Fan menempah 9999 kuntum bunga ros itu. No 9 melambangkan "Selama-lamanya" dalam kepercayaan Cina dan bersamaan dengan bilik istana di Beijing Forbidden. Maharaja Cina percaya bilik yang ke 10,000 adalah untuk Tuhannya dan pasti akan berada dekat dengan syurga.

No comments:

Post a Comment