Dorothy Mort - berusia 32 tahun telah menembak mati teman lelakinya Dr Claude Tozer selepas jejaka tersebut ingin menamatkan hubungan cintanya bertarikh 21 Disember 1920. Dorothy ditangkap kemudiannya sebelum percubaan membunuh diri.
Ada McGuinness (kiri) & anaknya Hazel (kanan) : Ada merupakan seorang wanita yang amat jahat di Sydney muncul di mahkamah atas tuduhan mengedar dadah jenis kokain. Anaknya Hazel pula dilepaskan atas ikat jamin dan turut bersekongkol dengan ibunya.
Clara Randall : Clara membuat laporan polis mengatakan bahawa rumahnya telah dirompak dan kehilangan sejumlah besar barang kemas. Tetapi semuanya terbongkar bahawa laporannya palsu. Malahan Clara sendiri menggadai barang kemasnya untuk mendapatkan wang. Clara dipenjarakan selama 18 bulan kerana membuat laporan palsu.
Edith Ashton : Berumur 37 tahun semasa menjalankan bisnes haram pengguguran baby, perompak dan mencuri barangan logam. Mengikut laporan polis, 2 wanita telah mati semasa dalam proses pengguguran baby dilakukan oleh Edith.
Fay Watson : merupakan seorang penagih kokain yang tegar dan juga pengedah dadah yang licik. Tetapi akhirnya ditangkap di rumahnya selepas pihak berkuasa dapat menjejaki aktivitinya pada tahun 1928.
Alma Smith : berusia 34 tahun semasa dipenjarakan selama 5 tahun selepas menjalankan bisnes pengguguran baby secara haram dan dilaporkan wanita itu meninggal selepas proses tersebut.
Elizabeth Singleton : mempunyai rekod dalam bisnes pelacuran, tetapi data terperinci mengenai beliau dipercayai telah hilang.
Janet Wright : berusia 68 tahun semasa dipenjarakan, hampir-hampir membunuh ibu bapa pelanggan remajanya yang melakukan pengguguran baby secara haram.
Emily Hemsworth : telah membunuh anak lelakinya, tetapi setelah dibicarakan di dapati tidak bersalah setelah disahkan bahawa Emily mengalami gangguan mental.
Doris Poole : merupakan seorang pencuri barang kemas dan pakaian di beberapa tempat yang berlainan. Doris dipenjarakan selama 6 bulan.
Jean Wilson : berumur 23 tahun semasa ditangkap kerana melakukan jenayah pecah rumah dan merompak. Biasanya mengambil barang kemas kerana senang untuk mendapatkan wang. Jean juga pernah merompak majikannya dan dipenjarakan selama 12 bulan.
No comments:
Post a Comment