Thursday, 9 February 2012
Timeline Hubungan Cinta Heidi Klum & Seal
Couple yang kita tak pernah jangka nak bercerai adalah Heidi Klum dan Seal, sungguh tidak di duga. Kalo di tengok kan semula, hubungan diorang nampak ok jer, xde masalah pun. Tapi, hakikatnya diorang dah pun berpisah bulan lepas selepas 7 tahun bersama. Jom kita tengok semula masa lampau diorang sebelum berpisah..
Seal & Heidi Klum mula dating pada tahun 2004 iaitu tahun yang sama Seal release album barunya bertajuk "Love's Divine" dan juga tahun first Heidi Klum dalam rancangan realiti tv "Project Runway".
Pada tahun 2004, merupakan tahun pertama mereka menyambut Halloween bersama-sama (ini masa diorang tengah dating lah).
Akhirnya Seal melamar Heidi Klum pada 10 Mei 2005 di pantai Mexico dan bermula daripada hari tersebut mereka berjanji akan berkahwin setiap tahun.
Selepas berkahwin pada Mei 2005, akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata dan Heidi selamat melahirkan baby boy, Henry pada 12 September.
Ini plak kostum haloween kedua yang mereka tonjolkan dan sekali lagi Seal tidak dapat menandingi betapa kreatif nya Heidi dalam fesyen.
Selepas 2 bulan je bersalin, Heidi Klum kembali ke pentas fesyen iaitu Victoria Secret Fashion Show. Bukan saje Heidi mempamerkan bentuk badan yang ideal, malahan Seal turut muncul bersama di pentas tersebut.
Ogos 2006 - Heidi & Seal muncul bersama di red carpet untuk 58th Annual Emmy Awards. Yang peliknya, 3 bulan selepas majlis ini, Heidi melahirkan anak kedua Seal iaitu Johan.
Kali ke-3 sambutan Halloween : akhirnya kali ini Seal dapat menewaskan Heidi Klum dalam tradisi kostum Halloween.
Pada tahun 2007, Seal sekali lagi release album System dan yang menariknya, Heidi turut bersama dalam klip video "Wedding Day". Akhirnya Seal mendapat anugerah "Best Male Pop Vocal Perfomance" pada tahun 2007.
Tahun 2007 : Heidi & Seal berduet menyanyikan lagu "Wedding Day" di Victoria Secret Fashion Show. Mungkin ini lah kemuncak hubungan mereka, 3 tahun masa berlalu mereka berkahwin. Nampak intim sangat hubungan diorang masa ni...
Tahun berikutnya, sekali lagi mereka meraikan semangat Halloween dengan memakai kostum yang mengalahkan kostum selebriti-selebriti lain.
Tahun 2009 : Heidi & Seal bersama-sama tiba di Primetime Emmy Awards dan amazingly, Heidi mengandung lagi anak ketiganya. Heidi selamat melahirkan anak ketiganya, Lou 3 minggu selepas majlis tersebut.
Tahun 2009 juga : Seal telah mengambil Leni, anak perempuan Heidi dengan businessman Italy (Flavio Briatore) sebagai anak angkatnya secara rasmi. Keluarga yang bahagia..
Tahun 2011 : ini merupakan tahun last diorang meraikan halloween bersama-sama.
Akhirnya, hubungan diorang semakin regang kerana ini lah 1st time Heidi ke majlis Golden Globes tanpa Seal (sebab diorang akan bersama-sama kemana pun majlis). 2 minggu kemudian, Heidi mengumumkan perceraian diorang.
The End : akhirnya pada 20 Januari 2012, Heidi mengaku telah pun berpisah dengan Seal mengukuhkan lagi rumors selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment