Nelayan pukat tunda di Jepun telah menemui satu beg besar yang berisi wang tunai berjumlah 11 juta Yen (USD 90,000) yang dipercayai di hanyut kan semasa Jepun mengalami tsunami tujuh bulan yang lalu. Nelayan-nelayan itu melaporkan dan menyerahkan wang tunai tersebut kepada pihak berkuasa. Mereka megambil keputusan untuk menunggu pemilik asal menuntut wang tersebut dan diberikan tempoh selama 6 bulan lagi. Sekiranya tiada tuntutan, wang tersebut secara automatik nya menjadi hak nelayan-nelayan tersebut.
Walaubagaimanapun, sampah sarah dari bencana tsunami tersebut telah terkumpul di Kepulauan Hawaii. Di anggarkan sebanyak 20 juta tan sampah sedang menuju ke Pantai Barat Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment