Tuesday 25 October 2011

Dua Remaja Diikat & Dibakar Hidup-Hidup


Kristy Theologo, 18, dan Bronwyn, 16, telah terlibat dengan pengorbanan "Satanic" pada hari Sabtu berdekatan dengan Linmeyer Johannesburg. Kristy dilaporkan dalam keadaan koma di rawat di Hospital Johannesburg dan mengalami 75%  kesan terbakar di badannya. Manakala Bronwyn dilaporkan stabil di bawah rawatan klinik. Surat khabar South Africa Star melaporkan mereka dipercayai terpilih untuk di jadikan korban pemujaan "Satanic" dengan dibakar hidup-hidup. Samantha (Kakak Kristy) menyatakan kepada akhbar tersebut, bahawa mereka tidak tahu apa yang berlaku, hanya mendapat khabar yang adiknya telah diikat. Ibunya dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mendapat berita tersebut. Dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun telah menyerah diri kepada pihak polis semalam berhubung kejadian itu dan akan di dakwa dengan percubaan membunuh. Walaubagaimana sekalipun, dipercayai 5 orang lelaki yang terlibat dalam "ritual" tersebut. PLorraine van Emmerick, pegawai polis menyatakan Bronwyn dapat melepaskan diri dan terus membuat laporan polis. Pihak polis juga sedang mengumpul maklumat dan akan menyoal siasat mangsa setelah pulih dan sedarkan diri.cakap kepada mangsa-mangsa sebaik sahaja mereka telah pulih. Pihak polis masih memburu tiga lagi suspek lelaki yang berhubung dengan kejadian itu.

No comments:

Post a Comment