Dari kecil hingga la kita beso, cete-cete dongeng barat memang femes kat Malaysia, tapi kita xtahu benda tu wujud atau tidak. Aku memang suka dengan benda pelik-pelik ni. Di antara cete-cetenya....
1. "Leprechaun"
Makhluk ini merupakan cete dongeng daripada Ireland. Kebiasaannya "Leprechaun" ini akan wujud dalam bentuk orang tua, memakai baju kot yang berwarna merah atau hijau. Makhluk ini dikaitkan dengan kepercayaan orang-orang Ireland iaitu "Tuatha Dé Danann". Makhluk ini akan menghabiskan masa mereka dengan membuat kasut dan menyimpan wang mereka di hujung pelangi. Jika korang dapat tangkap makhluk ni, "Leprechaun" ni akan bagi 3 wish sebagai pertukaran untuk bebaskan dirinya.
2. "Unicorn"
"Unicorn" adalah cete dongeng yang berasal dari Eropah iaitu seekor kuda putih, bertanduk satu di dahi dan kadang-kadang di bayang kan mempunyai janggut seperti kambing. Ia menjadi cete dongeng yang femes semenjak zaman pertengahan dan Renaissance. Bagi mereka, "Unicorn" ini dianggap sebagai simbol suci dan hanya boleh di tangkap oleh seorang gadis yang masih dara. Tanduknya juga dipercayai boleh menyembuhkan penyakit.
3. "Mermaid"
"Mermaid" adalah makhluk dongeng akuatik yang di gambarkan mempunyai susuk badan wanita dan berekor ikan. Versi lelaki duyung dikenali sebagai "Merman" dan secara umumnya kedua-duanya lebih dikenali sebagai "merfolk". "Mermaid" di katakan akan menyanyi dengan merdunya kepada pelaut atau kelasi kapal di laut untuk melalaikan mereka dan akhirnya menenggelamkan kapal atau bot mereka. Malahan Christopher Columbus mengatakan pernak melihatnya semasa pengembaraanya.
4. "Pegasus"
"Pegasus" di gambarkan dalam bentuk seekor kuda yang memiliki sayap. Mitos Yunani menyatakan bahawa "Pegasus" adalah anak (hasil hubungan dengan sulit dengan "Poseidon") kepada "Medusa" sewaktu "Perseus" memenggal kepala "Medusa". Mereka juga percaya "Pegasus" ditunggangi oleh "Bellerophon" untuk melawan "Chimera" dan menerbangkannya ke Olympus tetapi telah dihalang oleh "Zeus". Tetapi "Pegasus" tetap terbang dan tiba di Olympus. Disinilah "Pegasus" menghabiskan hari-harinya dengan membawakan petir untuk Zeus.
5. "Harpies"
"Harpies" di gambarkan dalam mitos Yunani adalah seoekor haiwan bersayap yang memiliki tubuh seperti burung helang dan berkepala perempuan. Dongeng menyatakan bahwa makhluk ini suka mencuri mayat dan meracuni makanan ditempat-tempat laluannya.
6. "Griffin"
"Griffin" adalah haiwan mitos yang memiliki sayap seekor heelang dan kaki seekor singa. "Griffin" juga dipercayai sebagai haiwan penjaga matahari."Griffin" dipercayai telah wujud di Greece iaitu pada tahun 3300SM.7. "Dracula"
"Dracula" adalah tokoh yang dipopularkan oleh Bram Stoker. "Dracula" adalah "Vampire" yang suka menggoda dan menghisap darah gadis muda yang cantik. Count Dracula di lahirkan pada abad ke 15-an di Romania. Istana "Dracula" terletak di pergunungan Bucharest. Makhluk ini dipercayai tidak akan mati, kecuali di bunuh dengan menggunakan kayu dan di tusuk ke jantungnya. Walaubagaimanapun, diorang ni takut sangat dengan bawang putih dan "Holly Water". Ingat, jangan sesekali menjemput makhluk ini masuk ke rumah korang.8. "Werewolve"
"Werewolves" di percayai pada asalnya adalah seorang manusia yang memiliki kemampuan untuk berubah ke bentuk haiwan, terutama serigala. "Werewolves" bisa berubah mengikut keinginannya sendiri atau faktor lain iaitu pada bulan purnama. "Werewolves" akan wujud akibat gigitan dari werewolves atau dari keturunannya. Sama je nak bunuh diorang, tusuk jantung dengan kayu atau "Silver Bullet".9. "Loch Ness"
"Loch Ness" adalah mitos yang berasal dari Scotland. Mereka percaya bahwa makhluk dari zaman dinasour yang selamat dari serangan meteor dan masih hidup sehingga sekarang. Pernah di nyatakan kewujudannya di Scotland pada tahun 1930. "Lochness" digambarkan panjang tubuhnya 45 kaki dengan kulit kasar yang berwarna coklat gelap, tetapi sehingga kajian menemui jalan buntu.10. "Medusa"
"Medusa" di percayai merupakan seorang perempuan yang sangat cantik sehingga Athena berasa cemburu dengan kecantikkan "Medusa". Kecantikan "Medusa" menarik perhatian "Poseidon". "Poseidon" telah meniduri "Medusa" di kuil "Athena" dan telah membuat "Athena" sangat marah. Ia lalu menyihir "Medusa" menjadi Gorgon dan melarikan diri. "Athena" telah mengupah "Perseus" untuk memburu dan membunuh "Medusa". Ketika "Perseus" memotong kepalanya, "Medusa" turut melahirkan anaknya iaitu Pegasus dan Chrysaor. Darah "Medusa" jatuh ke padang pasir Lybian dan berubah menjadi ular. Di percayai, sekiranya korang tenung mata "Medusa", korang akan menjadi batu.11. "Chrysaor"
"Chrysaor" merupakan adik beradik kepada "Pegasus". Ia amat di kenali sebagai prajurit yang berhati kuat dan gagah berani. Ia di katakan di lahirkan di leher "Medusa" semasa kepalanya di potong. Amat terkenal dalam kepercayaan Hindu.
12. "Phoenix"
"Phoenix" merupakan seekor burung mitos yang menyerupai burung helang berbulu warna merah menyala seperti bebopa api. "Phoenix" juga dipercayai berasal dari matahari. "Phoenix" adalah burung mitos Mesir kuno dan dikatakan sebagai burung yang mati kerana api dan dilahirkan kembali dari api. Di akhir hayatnya, "Phoenix" diceritakan membina sarang dari ranting kayu manis dan sarangnya terbakar. Jangka hayat Phoenix adalah 500-1461 tahun. Airmatanya dipercayai boleh menyembuhkan sebarang penyakit.
13. "Qilin"
"Qilin" adalah makhluk separuh naga dan separuh kuda. "Qilin" berasal dari mitos China tetapi telah tersebar ke seluruh asia timur. Masyarakat China mempercayai "Qilin" adalah haiwan suci yang memiliki sifat baik, tetapi ada garangnya jugak la kan. Kononnya "Qilin" hanya muncul di tempat-tempat yang mempunyai elemen-elemen kebaikkan.
14. "Echidna"
"Echidna" adalah mahluk dari mitos Yunani, sering digambarkan sebagai makhluk separuh ular yang tinggal di dalam gua dengan suaminya Typhon, "Echidna" melahirkan pelbagai jenis mahluk yang mengerikan dan di gelar sebagai "Mother of all Monsters". "Echidna" dan "Typhon" pernah berperang melawan dewa-dewa Olympus tetapi kalah. Akhirnya "Echidna" dibunuh oleh Argus Panoptes iaitu titan bermata 100. Berikut ini adalah anak-anak "Echidna" yang terkenal dalam mitos Yunani: 1. Nemean Lion 2. Ladon 3. Chimera 4. Sphinx 5. Lernaean Hydra 6. Cerberus 7. Orthrus 8. Agathyrsus 9. Gelonus 10. Scytha/Scylla. Hampir semua anak-anaknya dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Yunani.
15. "Typhon"
"Typhon" merupakan anak yang terakhir Gaiaha yang paling berkuasa dalam mitos Yunani. Makhluk ini dikenali sebagai "Bapa Raksasa" sesuai dengan isterinya (Echidna) sebagai "Ibu Raksasa". Makhluk ini dikatakan sebagai salah satu gergasi yang terbesar dan paling menakutkan. Gaia telah mengarahkan "Typhon" untuk memusnahkan Zeus kerana Zeus penjarakan Titans. Akhirnya "Typhon" dikalahkan oleh Zeus dan terperangkap di bawah Gunung Etna.
No comments:
Post a Comment