Friday, 30 December 2011

Budak 2 Tahun Hampir-Hampir Mati

Queensland, Australia : Seorang budak lelaki, 2 tahun hampir-hampir mati selepas ibunya mendapati budak itu di belit oleh ular sawa yang besar di belakang rumahnya. Ular sawa itu telah membelit keseluruh badan anaknya, tetapi berjaya diselamatkan selepas ibunya mendengar anaknya menjerit di belakang rumah. Pada mulanya, ibunya cuba untuk meleraikan belitan ular itu, tetapi tidak berjaya kerana ular itu terlalu kuat.


Ibunya terpaksa meminta pertolongan dari jirannya dan membantu melepaskan budak lelaki tersebut. 

Semasa kejadian, ibunya sedang berehat di sofa ruang tamu dan anaknya keluar belakang rumah kerana mengejar bola. Tiba-tiba je, ibunya mendengar jeritan yang menakutkan dan terus bergegas ke belakang rumahnya.

Budak lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi doktor bersetuju untuk tidak memberikan anti-venom kerana kesan gigitan itu dari ular sawa yang tidak berbisa.

Pihak hospital mengesahkan merawat budak lelaki itu dan dirawat kerana 4 gigitan ular sawa tersebut. Budak tersebut discharge dari hospital selepas 24 jam dirawat.

No comments:

Post a Comment