Friday, 30 December 2011

Peminat Manchester City


Seorang peminat bola pasukan Mancester City mendapat idea untuk mencipta gaun pengantin yang diperbuat daripada jersi-jersi lama pasukan tersebut.

Karen Bell memerlukan sesuatu yang lama, sesuatu yang baru dan sesuatu yang berwarna biru untuk hari gemilangnya. Akhirnya mendapat idea selepas mengemas barang-barang lamanya dan ternampak jersi-jersi lama Manchester City. Karen memberitahu hasratnya kepada bakal suaminya Simon dan mendapat sokongan yang memberangsangkan.

Sebenarnya Karen dan Simon pernah berkahwin tetapi berpisah selepas beberapa tahun bersama dan inginkan kelainan. Karen menghabiskan masanya selama 3 minggu bagi menyiapkan gaun tersebut yang diperbuat dari koleksi Simon. 

No comments:

Post a Comment