Akhirnya kes rampasan Northwest Airlines yang mengelirukan diselesaikan selepas 40 tahun berlalu. Marla Cooper mendakwa bahawa penjenayah yang dikenali sebagai DB Cooper adalah pakciknya iaitu Lynn Doyle Cooper. Marla juga mempunyai bukti yang kukuh untuk menutup kes tersebut. Dengan menanggung rasa bersalah dengan kes tersebut, selama 40 tahun keluarganya menyimpan rahsia tersebut untuk melindungi pakciknya.
Marla berusia 8 tahun semasa pakciknya pulang kerumah dengan luka-luka yang teruk pada malam Thanksgiving tahun 1971. Pakciknya memberi alasan, dia terlibat dengan kemalangan. Walaupun begitu, keluarga Marla mengetahui yang pakciknya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut. Malangnya selepas malam tersebut, Marla tidak lagi berjumpa dengan pakciknya, sehinggalah dia meninggal pada tahun 1999.
FBI telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes rampasan Northwest Airlines dari Portland ke Seattle berikutan dengan ancaman bom pada 24 November 1971. Marla memberikan bukti seperti gambar dan tali gitar yang mempunyai cap jari DB Cooper.
Pada hari 1971, suspek yang memakai cermin mata hitam, menaiki kapal terbang selepas membeli tiket sehala ke Seattle.
Dalam flight, suspek order wiski dan rokok sebelum memberikan nota kepada pramugari yang berbunyi : 'I HAVE A BOMB IN MY BRIEFCASE. I WILL USE IT IF NECESSARY. I WANT YOU TO SIT NEXT TO ME. YOU ARE BING OF HIJACKED.' Cooper memberitahu kapten sebanyak USD200K sebagai tebusan dan akan membenarkan penumpang 36 orang selamat sampai ke Seattle. FBI bersetuju dengan tebusan tersebut dan semua penumpang selamat sampai ke destinasi. Cooper juga mengarahkan supaya kapal terbang itu menuju ke Mexico, tetapi berdekatan dengan pergunungan Cascade, Cooper menggunakan payung terjun dan keluar dari kapal terbang itu. Semenjak dari hari itu, Cooper tidak lagi kelihatan.
Pada tahun Febuari 1980, seorang budak menjumpai wang sebanyak USD5,800 bersama-sama dengan tiket kapal terbang yang koyak berdekatan dengan Columbia River.
No comments:
Post a Comment