Tuesday, 6 December 2011

Perompak Yang Kejam

Perompak membunuh anak kucing di dalam microwave selepas mereka tidak dapat mencari barang-barang bernilai yang boleh dirompak. Bangkai anak kucing itu dijumpai selepas beberapa jam pemilik rumah membuat laporan polis.

Pihak polis percaya yang perompak itu sangat-sangat marah selepas mendapati tiada barang bernilai yang boleh di rompak di rumah itu. Lalu mereka melepas geram ke atas anak kucing tersebut. Mereka tidak percaya perompak kejam itu sanggup membunuh anak kucing itu dengan kejam sekali.

Kejadian itu berlaku pada 26 dan 27 November pada sekitar jam 2 petang hingga 1 pagi. Malahan jiran-jiran berdekatan juga melaporkan kes rompakan yang sama, tetapi tiada anak kucing yang comel di laporkan sedemikian rupa.

No comments:

Post a Comment