Macamana boleh hilang seorang lelaki hanya dalam 72 hari sahaja? Pasangan ini akhirnya bercerai pada 31 October tempohari dengan perbelanjaan USD10 million. Jom kita tengok balik kisah diorang ni dari mula diorang couple sampai bercerai.
Begini cetenya, Kim & Kris berkenalan semasa perlawanan bola keranjang pada tahun 2010. Dengan bantuan kawan-kawan, akhirnya mereka mula keluar bersama-sama buat kali kedua. Dari sini lah cinta diorang makin serius dan mengumumkan kepada public tentang hubungan cinta diorang.
Pada bulan Februari, diorang macam dah tak boleh dipisahkan lagi. Dimana-mana je pesta tidak kira di New York, LA termasuklah pesta NBA. Korang pun boleh tengok kan, macamana Kim dah mula melayan Kris seperti suaminya.
Memang susah nak ambil gambar diorang bersama-sama. Sebab dengan ketinggian Kris 6'9, Kim plak 5'3. Kim pernah cakap, dia rasa sangat bahagia dapat couple dengan lelaki tinggi, sebab boleh membuatkan dirinya selamat sepanjang masa.
Diorang sempat habiskan masa bersama-sama di New York dan LA, walaupun kedua-duanya mempunyai karier yang besar.
Pada May 2011 iaitu selepas 5 bulan diorang mula dating, Kris telah melamar Kim dengan menabur kelopak bunga ros "Will You Marry Me" dan Kim menjawab "Yes". Lalu Kris menyarungkan cincin berlian ke jari Kim.
Pasangan itu muncul di red carpet selepas lamaran di Monaco. Semenjak itu, diorang sibuk dengan planning untuk kahwin dan pasangan nampak sangat bahagia bersama.
Tiba-tiba je pada bulan Jun, Kim dituduh mengadakan hubungan sulit dengan pemain bola keranjang iaitu Bret Locket. Diorang tetap stay bersama-sama dan akhirnya Bret mengaku yang dia hanya mereka cerita itu untuk meretakkan hubungan Kim dengan Kris. Pheww....
Hanya tinggal sebulan je lagi sebelum majlis yang paling dinanti-nanti diorang ni. Kim dan Kris bersama-sama bersenam sebelum majlis perkahwinannya.
Pada awal bulan Jun, diorang daftar perkahwinan, gaun Kim pun dah siap dan kad jemputan dah pun di edarkan. Hampir 400 orang dijemput ke majlis itu. Jadi diorang sewa banglo di Montecito untuk memuatkan tetamu tersebut.
Dah namanya korang nak kahwin dengan selebriti terkenal, jadi semuanya dah di tempah khas. Tengok la Kim tengah sibuk pilih fabrik yang terbaik untuk bakal suaminya.
Semua paparazzi mengekori Kim dan Kris kemana sahaja diorang pergi. Nak makan kek pun paparazzi ni snap gambar diorang.
Kadang-kadang diorang berpelukan depan paparazzi seperti di red carpet. Ada juga diorang bercumbuan, tapi itu dah menjadi kebiasaan untuk diorang.
Kim dan Kris menjadi suami isteri pada 20 Ogos. Pengantin menukar gaun sebanyak 3 kali dan dengan kek setinggi 6 kaki. Pasangan ini terus pergi honeymoon ke Italy selepas mengadakan majlis tersebut.
Tetapi diorang menukar fikiran untuk menunda tarikh untuk honeymoon dan bertukar ke Amalfi Coast. Selepas diorang relax dan sunbath, diorang kembali ke LA.
Bukan pasal keje pun. Diorang meraikan majlis perkahwinan di New York City pada 31 Ogos.
Semestinya selepas diorang kahwin pun, paparazzi atau camera memang xkan berhenti amik gambo diorang. Walaupun Kim tengah sibuk dengan rakaman cete Kourtney & Kim Take New York, tapi Kris kelihatan sedang bercuti dan menikmati alam perkahwinannya.
Jadi, boleh lah Kris menemani Kim ke majlis-majlis seperti New York Fashion Week. Diorang di tempat di barisan paling depan...Layan la si Kris.
Kurang dari sebulan berkahwin, ada khabar angin mengatakan perkahwinan diorang ni mula bergelora. Mungkin Kim bosan tengok Kris hanya melepak jer kat rumah sepanjang percutian. Tapi diorang menafikan desas-desus itu dan masih bersama-sama sehingga perceraian diumumkan pada 31 October yang lepas.
Semasa proses perceraian diorang, pasangan ini berkahwin semula di rancangan Ellen DeGeneres dan berjanji akan kelihatan sentiasa bahagia. Tengok la bukti kasih sayang diorang seminggu selepas mengumumkan perceraian.
Seminggu sebelum bercerai kali kedua, diorang sempat lagi keluar bersama-sama makan malam untuk meraikan besday Kim kali ke-31. Tapi Kris pernah cakap, dia akan lakukan apa saja untuk selamatkan perkahwinannya dengan Kim, tapi tengok lah apa yang jadi.
No comments:
Post a Comment