Thursday, 24 November 2011

Setia Sehingga Ke Akhirnya

Seekor anjing yang sangat setia dengan tuannya enggan meninggalkan kubur tuannya dan tidak makan selama 7 hari. Kelihatan anjing ini tidak sanggup berpisah dengan tuannya. Lao Pan berusia 68 tahun dan meninggal dunia dipercayai tinggal bersendirian di sebuah perkampungan Panjiatun dengan ditemani anjing tersebut.




Selepas 7 hari berlalu tanpa makanan, pendududk kampung tersebut mula memberikan makanan dan minuman berdekatan dengan kubur tuannya. Malahan mereka juga bercadang untuk membina pondok untuk anjing tersebut.



Seorang penduduk kampung tersebut pernah mengambil anjing tersebut dan membawa anjing itu pulang kerumah, tetapi dia tetap akan kembali ke kubur tuannya. Ini membuktikan anjing itu tetap setia dengan tuannya sehingga ke akhir hayatnya.


No comments:

Post a Comment