Kebiasaannya selebriti lah yang paling kerap berada di mahkamah berbanding dengan orang biasa. Kebanyakkannya akan merpertahankan diri diorang untuk menentang si tertuduh yang cuba mengaut keuntungan daripada popularitinya. Jom kita tengok selebiriti mana yang suka saman entah apa-apa.
1. Kim Kardashian VS. Old Navy
Kim saman Old Navy kerana menggunakan model, Melissa Molinaro miripnya tanpa kebenaran Kim. Kebetulan plak, Melissa ni pun tengah dating dengan ex-boyfriend Kim iaitu Reggie Bush. Daripada saman ni, Kim boleh lah berkenalan dengan Melissa.
2. Lindsay Lohan VS E-Trade
Lindsay Lohan saman E-Trade sebanyak USD100million kerana salah seorang nama model baby itu Lindsay. Mungkin Lindsay Lohan fikir, nama dia dah sangat glamour dan mahal seperti Oprah.
3. Diamond Dallas Page VS Jay-Z
Sebenarnya Diamond ni copy-cat gak dari orang lain tapi terselamat dari kena saman. Tapi Diamond plak yang saman Jay-Z kerana penyanyi itu menggunakan simbol itu semasa semua pertunjukkannya.
Tapi akhirnya Diamond terpaksa tarik balik saman tu sebab dia pun tengah settlekan hutang yang lain.
Tapi akhirnya Diamond terpaksa tarik balik saman tu sebab dia pun tengah settlekan hutang yang lain.
4. Hair Removal Industry VS Kim Kardashian
Pesaing dalam industri removal hair telah menyaman Kim dan TRIA kerana memberi janji palsu kepada pelanggan. Di dalam salah satu iklan TRIA, Kim telah menggunakan barangan TRIA untuk membuang bulu di badannya, tetapi nyata nya perlu dicukur seperti biasa.
5. Allen Hackard VS Michael Jordan
Allen Hackard saman Michael Jordan & NIKE sebanyak USD832million kerana menggunakan penampilan seirasnya untuk membuat promosi jenama NIKE seperti berpakaian dan memakai anting-anting yang seiras dengan Allen Hackard.
6. 50 Cents VS Taco Bell
50 Cents saman Taco Bell kerana mengiklankan menu baru dengan menyatakan supaya 50 Cents perlu menukar nama kumpulannya kepada 79 Cents atau 89 Cents sempena dengan menu baru Taco Bell. Tapi 50 Cents memang tak boleh bergurau, tak pasal-pasal Taco Bell kerana saman.
7. Asians VS Miley Cyrus
Asians saman Miley Cyrus sebanyak USD4billion gara-gara gambor Miley buat lawak dengan mengecilkan matanya seperti orang Asia.
8. Lindsay Lohan VS Pitbull
Linndsay Lohan saman Pitbull kerana menggunakan lirik dalam lagunya "Give Me Everything" yang berbunyi "Got it locked up like Lindsay Lohan" seperti menyindir dirinya. Pitbull telah pun meminta maaf dan tidak bermaksud apa-apa pun.
9. Kate Winslet VS The Daily Mail
Kate Winslet sebenarnya telah mendapat duit saman sebanyak USD40K daripada The Daily Mail kerana telah merosakkan reputasinya. Ia nya bermula daripada artikel yang dikeluarkan bertajuk "The Most Irritating Actress In The World" dan juga mengatakan bahawa Kate menipu disiplinkan dirinya.
10. Her Garderner VS Elizabeth Taylor
Pekebun Elizabeth Taylor telah menyamannya dengan dakwaan yang pelik. Pekebun itu mengatakan, Elizabeth meminta layanan seks dari pelayan lelaki yang gay, tetapi pelayan itu memilih untuk melakukan hubungan seks dengan pekebun tersebut.
No comments:
Post a Comment