Wednesday, 2 November 2011

Kebaikan Jus Ceri

Sekiranya korang susah nak tido malam, cuba minum jus ceri. Tak semestinya nak kena minum susu. Menurut ahli sains, jus ceri boleh memanjangkan tempoh tido dan berkemungkinan besar korang tidak akan bermimpi buruk.


Para pengkaji di Northumbria University mendapati bahawa jus Montmorency ceri dapat meningkatkan tahap melatonin iaitu hormon yang mengawal masa tidur. Dalam kajian itu juga orang  yang minum jus yang masam bukan sahaja tidur lebih lama, tetapi kualiti tidur mereka bertambah baik. Hasil kajian dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang mempunyai kesukaran untuk tidur (insomnia)

No comments:

Post a Comment