Wednesday, 30 November 2011

Timeline Hubungan Cinta Demi Moore & Ashton Kutcher

Hubungan di Hollywood betul-betul sukar, terutamanya di kalangan selebriti. Begitu juga situasi antara Demi Moore dan Ashton Kutcher. Akhirnya mereka berpisah juga selepas 6 tahun menjadi suami isteri. Jom kita tengok timeline diorang dari awal sehingga akhirnya..

Pada tahun 2000, Demi Moore bercerai dengan Bruce Willis selepas 11 tahun menjadi suami isteri dan hasil perkahwinan ini mereka mempunyai 3 orang anak perempuan.

Pada tahun 2003, Demi Moore berjumpa dengan Ashton Kutcher semasa makan malan di New York City. Berdasarkan dari sumber tertentu, pada first time jumpa, mereka berbual berjam-jam lamanya. Mungkin mereka cuba untuk mengenali antara satu sama lain dan dari situ lah cinta berputik.

Masa Demi dan Ashton mengumumkan hubungan cinta mereka, ramai yang komen jurang perbezaan umur 15 tahun termasuklah anak Demi, Rumor Wills. Rumor pelik dengan hubungan cinta ibunya dengan Ashton dan mengaku pernah menampal poster Ashton dibiliknya. Malahan Ashton juga pernah berjenaka menjadi bapa tiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak Demi.

Selepas 2 tahun dating, akhirnya mereka berkahwin di majlis peribadi di Kaballah Centre dan hanya 150 sahaja tetamu yang diundang iaitu dari keluarga terdekat sahaja. Dikatakan juga, majlis itu di kawal ketat oleh pegawai keselamatan Demi dan Ashton.

Sape cakap selepas bercerai tak boleh keluar bersama-sama? Tidak kepada family Bruce Willis dan Demi Moore. Malahan Bruce juga mendapat undangan VIP semasa majlis perkahwinan Demi dan Ashton.

Selepas perkahwinan diorang, mereka semakin rancak online di Twitter dan peminat-peminta mengkritik yang sebenarnya mereka sudah pun keterlaluan.

Nampaknya Twitter makin hangat, kalo boleh semuanya nak kongsi dengan peminat-peminatnya. Termasukklah Ashton tweeting gambo punggung Demi dan Demi plak tweeting tanpa baju.

Bermula tahun 2010, nampaknya hubungan Demi dan Ashton semakin goyang disebabkan kehadiran orang ketiga. Ada ke patut, pada malam ulangtahun perkahwinannya yang ke 5, Ashton telah bermalam di hotel dengan model Brittney Jones. Walaupun begitu, Ashton menegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali dan Brittney hanya ingin memerangkapnya.

Ini lah dikatakan cinta itu buta. Demi tetap mempertahankan perkahwinannya dan mempercayai kenyataan Ashton. Demi tidak mempedulikan dakwaan Brittney dan meneruskan aktivit tweeting dengan Ashton seperti biasa.

Hmmmm...akhirnya hubungan diorang menampakkan belangnya. Aktiviti tweeting mereka semakin berkurangan dan mereka kelihatan selalu bergaduh.

Nampaknya Ahston semakin menunjukkan perangai palyboy nya selepas di laporkan pernah bermalam dengan seorang lagi model Sara Leal dan dengan buktinya sekali. Ashton di laporkan keluar dari bar bersama-sama dengan Sara menuju kereta sebelum beredar dari tempat itu. Tidak lama selepas rumors ni diketahui umum, Demi pun tweet : "When we are offended at any man's fault, turn to yourself & study your own failings. Then you will forget your anger."

Akhirnya mereka broke up jugak dengan Demi tweet :"It is with great sadness and a heavy heart that I have decided to end my six-year marriage to Ashton. As a woman, a mother and a wife, there are certain values and vows that I hold sacred, and it is in this spirit that I have chosen to move forward with my life." Tamat lah cete dongeng diorang selepas 6 tahun menjadi suami isteri.

No comments:

Post a Comment