Monday, 28 November 2011

Gary Speed Bunuh Diri

Dengan kematian Gary Speed,42 semalam meninggalkan kesan yang mengelirukan dalam sukan bola sepak. Mayat beliau di jumpai tergantung di ruang tamu rumahnya. Sejam sebelum mayatnya dijumpai, Gary kelihatan sangat gembira semasa ditemuramah dalam rancangan BBC1 Football Focus. Gary juga dengan penuh semangat menceritakan peningkatan dari segi permainan pasukannya dan amat berharap akan layak untuk memasuki World Cup pada tahun hadapan. 
 
Louise, isteri mendiang yang melaporkan kepada pihak polis dengan mengesahkan kejadian tersebut. Sementara waktu, pihak polis tidak mengesyaki sesiapa dan kes masih lagi dalam siasatan.


Robie Savage, teman seperjuangan amat terasa dengan kehilangan Gary Speed dan tidak dapat menahan kesedihan. Apatah lagi, Gary pernah mengejek Robie pada malam sebelumnya semasa majlis tari menari. Robie juga mengatakan bahawa, hidup Gary semuanya lengkap dan amat memepercayai bahawa Gary tidak membunuh diri, malahan telah dibunuh.







No comments:

Post a Comment