Sampainya hati family perempuan ni. Sanggup bagi dadah dan kurung anak perempuan diorang semata-mata kerana dia tak nak kawin dengan sepupunya. Ini kira kes kawin paksa la ni. Ini kisah betul beb, semuanya berlaku kat Bradford.
Naila Afsar,23 telah dijodohkan oleh keluarganya untuk berkahwin dengan sepupunya di Denmark dan di tunangkan awal 2009. Naila sedar yang dirinya tidak serasi dengan sepupunya lalu memutuskan pertunangan tersebut hujung 2009. Keluarganya amat kecewa dengan keputusannya dan memberikan tekanan yang teruk. Lalu Naila telah melarikan diri ke Newcastle dan tinggal bersama dengan kawannya.
Ibunya Shamim Akhtar (58), bapanya Mohammed Khan (57), abangnya Khan Shamrez (34), Kakaknya Saima (30) dan abang ipar Zahid (36) menghadapi hukuman yang berat yang bakal di jatuhkan sekiranya bersabit bersalah. Mereka semua menafikan tuduhan menculik, tetapi memberikan alasan mengurung dan memberikan dadah kerana mereka cuba untuk membantu Naila menyelesaikan masalah tekanan hidup.
Naila Afsar telah bertemu dengan Afsar Saddiq dan telah berkahwin pada bulan November 2009 tanpa pengetahuan keluarganya. Pada hujung bulan November, Naila telah membawa Afsar ke rumahnya di Bradford untuk memperkenalkan Afsar kepada keluarganya, dengan harapan menyelesaikan masalah. Naila juga telah merayakan Aidilfitri bersama-sama keluarganya kerana ingin merapatkan kembali hubungan antara satu sama lain. Tetapi keluarganya masih mengungkit cerita lama. Bermula dari itu Naila Afsar telah berpindah ke Newcastle bersama suaminya dan bertekad untuk tidak mempunyai hubungan dengan keluarganya lagi.
Pada 17 Januari tahun lalu, keluarga Naila telah datang ke rumahnya di Newcastle dan telah bertidak dengan agresif. Keluarga Naila memaksanya untuk pulang ke Bradford dan memberikan ugutan. Sekiranya Naila ingin kembali ke Newcastle, dia perlu kembali ke Bradford. Nail bersetuju untuk bermalam di Bradfor selama satu malam. Tanpa pengetahuan Naila, keluarganya telah mencuri semua baran-barang penting Naila termasuk lah pasportnya.cik Saddiq dan barang-barang yang dikumpul Naila Afsar, termasuk pasportnya. Suaminya Afsar telah mendapat ancaman dari Shamrez Khan dan cuba menumbuknya dan memberitahu Naila akan tinggal di Bradford dan tidak akan kembali. Malahan telefon Afsar juga diambil.
Afsar telah membuat laporan polis dan mereka telah menjalankan siasatan. Kes ini masih dalam rekod polis dan madih di bicarakan di mahkamah.
No comments:
Post a Comment