Wednesday, 23 November 2011

Isteriku Extra Gemok

Selepas berpisah dengan suaminya 3 tahun lepas, berat Pauline Potter hanya 292 kg berbanding dengan sekarang telah meningkat kepada 318 kg dan juga merupakan wanita yang terberat di dunia. Selepas Alex melihat Pauline di Guinness World Record dengan saiz yang lebih besar, Alex terus kembali dan tinggal bersama-sama dengan Pauline. 

"Pauline nampak lebih menarik dan saya rasa ghairah apabila beliau tampil di kaca tv dalam rancangan Guiness World Record. Tanpa berfikir panjang, saya terus kembali ke pangkuan Pauline", kata Alex sambil ketawa.




"Berat saya sekarang hampir menjangkau 330 kg. Hampir semua wanita ingin menurunkan berat badan mereka untuk menambat hati bekas suami atau bekas kekasih,tetapi semuanya berlawanan dalam hidup saya. Menjadi wanita yang paling berat di dunia telah membuatkan Alex jatuh cinta sekali lagi dan kami telah kembali bersama.", kata Pauline.

Alex menyatakan bahawa Pauline sekarang sudah terlampau besar dan tidak mampu untuk ke sana-sini tetapi masih lincah semasa mengadakan hubungan seks.

"Pauline sudah tidak boleh berjalan, pakai pakaian sendiri, mahupun ke bilik air sendiri. Tapi saya ingin untuk menjadi kekasihnya dan menjaganya lagi. Walaupun saiz badan Pauline besar, tapi kami masih mengadakan hubungan seks setiap hari. Pada hari pertama kami kembali, kami mengadakan seks sebanyak 6 kali pada hari tersebut."




No comments:

Post a Comment