Seorang pereka fesyen, Thelma Madine telah mencipta gaun pengantin yang pelik diperbuat daripada rambut manusia. Harga gaun ini adalah sekitar USD50K yang menggunakan sepanjang 250 meter rambut manusia. Yang lagi unik nya, gaun tersebut berwarna-warni.
Madine telah pun mencadangkan supaya Lady Gaga akan menjadi modelnya. Hanya Lady Gaga saja yang suka mempromosikan baju-baju yang pelik.
"Saya berharap sangat Gaga akan pertimbangkan cadangan saya untuk menjadi model bagi gaun ini", kata Madine.
Seramai 8 orang pembantunya yang bertungkus-lumus menyiapkan gaun tersebut dalam tempoh 12 hari sahaja.
No comments:
Post a Comment