Seorang ibu dikenakan hukuman atas tuduhan membunuh anaknya yang berusia 13 bulan yang dibungkus dalam selimut baby. Shelby Dasher,20 dikenakan hukuman atas tuduhan membunuh selepas dirinya mengaku telah membunuh anaknya, Tyler hanya di sebabkan tidak berhenti menangis. Dasher juga mengaku telah membuang mayat babynya berdekatan dengan kawasan perkuburan tidak jauh dari rumahnya beberapa jam selepas Dasher buat laporan polis mengatakan Tyler hilang.
Sebenarnya Dasher membuat laporan polis dengan mengatakan dia tertidur sehingga pagi dan mendapati Tyler hilang dari tempat tidurnya. Dia juga berbohong mengatakan telah tidurkan Tyler pada pukul 10.30 malam pada hari Isnin.
Robert P. McCulloch, pendakwa memberitahu bahawa pada malam Isnin tersebut, Dasher telah pulang ke rumah jam 2.30 pagi dalam keadaan mabuk. Keesokan paginya, ibu Dasher telah pergi bekerja pada pukul 7.30 pagi. Masa ibu Dasher tiada, Dasher telah memukul Tyler sehingga mati. Tyler juga mengaku dia tidak ingat langsung apa yang telah dia lakukan kepada anaknya itu.
Kawan-kawan Dasher turut terkejut dengan kejadian tersebut. Mereka mengatakan bahawa Dasher tidak mempunyai masalah peribadi samada dengan keluarga atau kawan-kawan. Joe Ellington, bapa Tyler juga terkejut dengan kejadian tersebut, kerana tiada di rumah dan berada ti tempat lain atas urusan kerja. Kawan-kawan Dasher juga amat rapat dengan Tyler dan selalu meluangkan masa bersama-sama di rumah Dasher.
No comments:
Post a Comment