Thursday, 24 November 2011

Sanggup Tebalkan Bibir

Kristina Rei, 22 nekad untuk kelihatan seperti Jessica Rabbit telah memenangi anugerah sebagai bibir paling tebal di dunia selepas mengambil sebanyak 100 suntikan silikon. Kristina yakin dengan bibirnya yang nipis kelihatan buruk dan memilih untuk menebalkan bibir seperti karakter karton (Jessica Rabbit) yang menelan kos perbelanjaan sebanyak USD4K. Katanya lagi, kos setiap suntikan adalah US40 dan proses suntikan itu menyakitkan tetapi tiada apa-apa pun yang boleh menghalangnya.




Kristina mula menebalkan bibirnya apabila selalu diejek kerana bibir asalnya yang nipis. Kadang-kadang bibir asalnya dibandingkan antara kawan-kawannya yang lain dan ini membuatkan dia berasa rendah diri dengan penampilannya. Kristina mengambil keputusan untuk mengubah penampilannya dan mengambil Jessica Rabbit sebagai idol untuk menebalkan bibirnya. Malahan katanya lagi, dengan bibirnya itu dia telah dapat keyakinan diri yang maximum.







No comments:

Post a Comment