Seorang pelancong berjaya mengambil gambo masa seorang visitor zoo mabuk melompat ke dalam kandang monyet dengan alasan giler untuk bermain-main dengan monyet tersebut. Semuanya berakhir selepas, Joao Leite Dos Santos digigit oleh monyet tersebut dan dihantar ke hospital berhampiran. Joao mengaku yang dia meminum alkohol sebelum melawat zoo dan dalam keadaan mabuk. Dia berfikir sekiranya dia membuat aksi tersebut, pelawat-pelawat lain akan turut terhibur tanpa menhiraukan keselamatan dirinya.
Ramai pelawat yang menyaksikan aksi Joao dan mereka turu ketawa melihat aksinya dengan monyet tersebut. Joao memikirkan bahawa monyet itu mengalu-alukan kedatangannya, lalu terus mendekati monyet tersebut dan menghulurkan tangannya.
Secara tiba-tiba monyet itu mengigit tangannya dan bahunya. Sebenarnya monyet tu dah warning Joao masa dia panjat pagar kandang tersebut, tetapi Joao tidak menghiraukan warning itu.
Menyedari yang monyet itu bukannya nak bergurau, Joao terus memanjat tebing kandang tersebut untuk keluar dari tempat itu.
No comments:
Post a Comment