Monday 28 November 2011

Menakjubkan

Menakjubkab kerana kaki palsu antara pemilik dan haiwan peliharaan diperbuat daripada doktor yang sama. Semasa kambing(Albie) ini memerlukan kaki palsu, pemiliknya (Jenny Brown) terus meminta pertolongan dengan doktor yang pernah membuat kaki palsu untuknya. Pada usia 10 tahun, Jenny telah kehilangan kaki kanannya disebabkan kanser. Setelah Albie memiliki kaki palsu, dia telah bermain-main dengan gembiranya di Pusat Penjagaan Haiwan Woodstock yang dimiliki oleh Jenny dan suaminya Doug Abel.
Albie di bawa ke pusat tersebut pada Ogos 2007 semasa dia berkeliaran di taman selepas berjaya keluar dari kandang persembelihan berdekatan. Kesan luka dari dawai telah dijangkiti kuman dan doktor haiwan perlu memotong kaki Albie.


Selepas pembedahan itu, Albie cuba untuk berjalan menggunakan 3 kaki, tapi Albie akan cepat kepenatan dan perlukan rehat yang lebih. Kemudian, Jenny membawa Albie berjumpa dengan doktor yang pernah membuat kaki palsunya. Doktornya terkejut, kerana tidak pernah membuat kaki palsu untuk haiwan, tetapi tetap mencuba selepas diberi kepercayaan dari Jenny. Doktor Jenny juga telah membuat kajian, tidak pernah sebarang doktor di US membuat kaki palsu untuk kambing selama ini dan inilah kali pertama ianya berlaku.

No comments:

Post a Comment