Wednesday, 23 November 2011

Nicole Vs Lewis

Nicole Scherzinger cuba untuk mempertahankan hubungannya dengan Lewis Hamilton. Tapi gambar yang diambil ini membuktikan bahawa Lewis memang dah reject Nicole. Tangan Lewis tetap di kocek seluarnya, walaupun Nicole dengan erat memeluknya. Ini semua dirakam semasa di tempat parking kereta di Los Angeles.


Kelihatan juga macam Lewis cuba menjauhkan dirinya dari Nicole dan hanya memandang ke bawah. Nicole cuba untuk memandang ke mata Lewis, tetapi Lewis tetap memandang ke tempat lain. Nicole dan Lewis telah bersama selama 4 tahun dan hubungan mereka berakhir pada bulan lepas (October 2011).

  
"Saya belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga bersama dengan Nicole", Kata Lewis menerangkan punca hubungan mereka putus akhir Oktober lalu. Tingkah laku Lewis amat berbeza jika dibandingkan masa perlumbaan F1 di Abu Dhabi, selepas Nicole menyatakan hasratnya disana.



Ada sumber mengatakan, Lewis yang mengambil keputusan untuk putuskan hubungan buat sementara waktu. Kembali tahun 2009, Nicole ada mengatakan bahawa hidupnya sungguh gembira kerana telah menjumpai lelaki idamannya. Lewis seorang yang gentlemen dan ingin memiliki baby yang cantik bersama-sama. Walaubagaimanapun, Lewis mengatakan mereka tetap sebagi kawan walaupun sudah tidak bersama lagi.


No comments:

Post a Comment