Darren Jones,38 tidak boleh melalui kehidupannya tanpa meminum 18 tin minuman ringan dan amat ketagih dengan minuman tersebut. Itu bermakna bersamaan dengan 42liter seminggu dan perbelanjaan sebanyak USD3K setahun. Sudah hampir 10 tahun dia meneruskan hidup dengan minuman ringan, ianya semakin teruk dan malahan tidak boleh keluar rumah tanpa membawa sebotol Coca Cola.
Sekiranya Jones tidak minum minuman itu seharian, dia akan kemurungan dan akan cepat marah. Malahan dia juga tidak minum minuman lain selain Coca Cola. Didapur rumahnya juga ada menyimpan stock dan tidak membenarkan anaknya Abbie,7 dan James,6 meminum minuman itu. Yang peliknya, kesihatan Jones tidak terjejas walaupun telah lama minum minuman ringan, tetapi pakar kesihatan telah pun memberi amaran keras.
Dr Vicci Owen-Smith, seorang pakar kesihatan mengatakan dan menegaskan bahawa minuman ringan mengandungi gula tiruan dan juga kafein yang berlebihan. Jika diambil berlebihan akan mengakibatkan kesan buruk. Antaranya adalah boleh menyebabkan obesiti, mugkin disebabkan ketagih dengan minuman ringan itu.
No comments:
Post a Comment